Kamis, 22 Juli 2010

Kata Mutiara Kehidupan

TUTUR YANG INDAH

"Hidup terbina antara pahit dan manis. Kalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau sentiasa manis hati akan menjadi bosan " [Hamka]



Hujan


Guruh berdentum sayup-sayup
angin mulai dingin
awan hitam berarak bersama angin
hujan pasti turun sebentar lagi
rahmat Ilahi tidak bertepi…



Catatan Buat Hati


Waktu adalah misteri Ilahi. Waktulah yang telah memisahkan kita menjadi kenangan. Dan waktu juga telah mempertemukan semula semua kenangan itu. Hampir terlupa semua yang lalu. Tiba-tiba carik kenangan itu muncul. Dan kisah-kisah semalam menerkam semula kotak pemikiran. Aduhai. Inilah kehidupan. Mana mungkin mampu dipadam yang lepas.
.
.
.
Hari ini. Aku pasti terus menjadi aku. Melangkah terus adalah wajib. Walau sesekali langkah terhenti. Menoleh seketika pada apa yang telah kutinggalkan. Banyak sudah yang berlalu. Di depan entah apa yang menunggu. Pejamlah mata, bernafaslah dengan tenang.


Kebahagiaan yg sebenarnya


Kebahagiaan bukan diukur pada lebarnya senyuman. Atau banyaknya aksi-aksi riang. Kebahagiaan sebenar ialah memiliki hati yang tenang dan jujur dengan kehidupan, ikhlas pada Pencipta. Kebahagiaan adalah kebenaran dalam hati manusia.
Manusia akan selalu berpura dan enggan menjadi benar sehinggalah dia bertemu dengan Penciptanya. Selalu dan akan selalu aku mengingatkan diriku: Dunia bukanlah medan penentuan yang benar dan yang salah. Carilah kebahagiaan di sana. Di sana yang abadi. Di sana tiada yang berpura. Di sanalah kebenarannya. Insyaallah.


Kata Hikmat Pak Hamka

Buat renungan hati:

  • Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia.

  • Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah (SWT) buat kita, itulah yang terbaik.
  • Manusia mempunyai batas kekuatan sedangkan kebenaran tidak dapat dibatasi.
  • Cinta itu suci, cinta itu tidak buta, cinta itu kepunyaan Tuhan. Yang tidak suci dan buta itu adalah orang yang salah menggunakannya.
  • Kesabaran bukan bererti tiada perasaan. Kesabaran ialah kesanggupan mengendalikan perasaan ketika sedih menimpa.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar